Friday, October 23, 2009

Kebakaran Yang Tak Disangka - 24.10.2009


12.05t.hari - Jalan drahman keria, sarikei

Aku baru je terfikir nak ronda-ronda di kawasan kampung dbah. boring siot... tapi apa yang aku nampak, bukan sesuatu yang kurang baik. api yang menjulang tinggi di langit membuatkan aku terus menjerit. tidak sampai 2 minit, kawasan rumah tersebut sudah dipenuhi oleh orang ramai. tapi malangnya, api yang marak tersebut telah meranap rumah tersebut tidak sampai 5 minit. habis sampai ke bumbung. aku merapati perlahan-lahan. OH MY GOD... itu rumah haris... owh tidak!!!! kesian nya. akhirnya bomba sampai juga setelah bumbung rumah tersebut hangus terbakar.memandangkan jalan raya yang agak kecil dan kawasan jalan raya yang sesak dengan kenderaan motorsikal dan kereta serta pejalan kaki, jadi pihak bomba agak lambat sampai. tetapi kita masih bersyukur kerana kebakaran tersebut tidak memusnahkan rumah di sebalh kanan dan kiri kerana pihak bomba sempat mengawal kebakaran. dalam keadaan yang tidak terkawal itu, aku terdengar jeritan dari rumah sebelah. itu rumah tohey... sapa kenal???? tohey... aku nampak seorang perempuan menggendong bayinya yang masih merah. baru berusia 3 hari. dia terus keluar menyelamatkan apa yang patut. rumah tohey turut terkena bahangnya walaupun tidak teruk. aku tak pasti punca kebakaran tersebut. dengar-dengar, litar pintas. si haris pula sempat menyelamatkan adik dia. mujurlah tiada siapa yang terkorban. kesian sungguh. i hope mereka sekeluarga banyak-banyak bersabar di atas UJIAN yang telah diberikan kepada meraka. diharap apa yang berlaku akan kita jadikan ikhtibar dan pengajaran kita bersama... gambar tersebut di atas aku minta dari seorang rakan. aku tidak sempat mengambil gambar memandangkan keadaan yang agak kelam kabut dan menyayat hati.

aku balik dengan seribu simpati dan kesedihan yang telah dikongsi bersama mereka. Hanya TUHAN yang tahu betapa pilu dan sayunya hati aku melihat keadaan itu.

No comments:

Post a Comment