Friday, October 23, 2009

Mimpi yang tak sudah

Malam ini, aku duduk di beranda rumah, memandang dan menghayati keindahan malam walau tanpa bintangnya. Hanya kelam malam yang menghiasi dada langit. Sunyi dan suram… sama seperti perasaan aku tika ini. Merindu pada yang tak sudi…. Aku tidak pasti, sampai bila aku akan menanggung gelora rasa yang aku pasti riada penghujungnya. Aku tak berniat untuk mengganggu ketenangan helmi, jadi aku mengambil jalan untuk berdiam diri dan hanya memandangnya dari jauh. Sekian lama rasa yang tertanam di dada, akhirnya aku tak mampu menampung seorang diri. Jadi tidak salah rasanya untuk aku meluahkan segalanya di sini. Percayalah wahai teman (gf mie), aku tidak akan hadir di antara kalian, hanya perlu bertenang dan teruskan kehidupanmu seperti sebelum rahsia hati aku ini tercurah di dada cyber….

Mungkin agak keterlaluan kerana selama ini, kita hanya dengar manusia yang fanatic akan artis terkemuka, tapi tidak bagi aku…aku lebih suka menatap seraut wajahnya di wallpaper laptop, telefon malah di dinding kamar… aku semakin keliru, semakin dekat perasaan itu di hati aku. Tapi bagaimana mungkin untuk aku merebut hak orang lain. Mana mungkin. Tidak mungkin akan aku lakukan…. Aku tidak sanggup untuk melukai hati insan sejenisku. Biarlah semuanya ku simpan kukuh dalam hati aku sampai hembusan nafas yang terakhir.

Jahatkah aku? Salahkah aku seandainya perasaan aneh ini seringkali wujud tanpa sedar aku. Aku tidak pernah mengundang kehadiran perasaan ini, tapi semakin aku lari, semakin laju ia mengejar ku.. maafkan aku mie seandainya tindakan aku ini menimbulkan rasa tidak senang dalam hatimu. 1 tahun lebih aku memendam jiwa yang tidak keruan hanya kerana tidak berani untuk mengambil langkah seterusnya.. tapi aku ingin akhiri semua ini sebelum 2010 menjelma. Cukupkan angan-anganku terhadap Mie selama ini terkubur bersama sisa kenangan luka yang tidak berkesudahan.

Percayalah Helmie, aku tidak akan muncul di hadapanmu untuk memperkotak-katikkan keadaan… tidak akan.. aku hanya peminat misteri yang akan tetap menjadi misteri selamanya…

Aku minta maaf jika kau ada terbaca coretan ini. Percayalah, aku tidak akan mengganggumu… aku hanya ingin meluahkan apa yang tersirat kerana aku sudah tidak mampu untuk menampungnya.. aku harap kau akan sentiasa bahagia….

No comments:

Post a Comment